Tips Penjagaan Haiwan Peliharaan Anda
Jom berkunjung ke FB: Fur Bites Pet Shop
Lokasi Kedai Fur bites Pet Shop
Penyediaan penjagaan asas haiwan kesayangan adalah kunci untuk menjadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab. Untuk memiliki haiwan kesayangan merupakan satu komitmen seumur hidup yang harus dipikul untuk memberikan ruang dan kehidupan yang baik kepada anak bulu anda.
Haiwan peliharaan ini membawa bahagia, kasih sayang tanpa syarat ke dalam kehidupan pemiliknya seiring dengan tanggungjawab yang sudi dipikulnya. Namun, semua itu memerlukan garis panduan yang perlu dipenuhi demi memastikan haiwan kesayangan terjaga daripada sudut kesihatan dan kebahagiaannya. Jangan sangka untuk membela haiwan kesayangan hanya perlu untuk diberi makan, ia memerlukan lebih daripada itu. Belaian kasih sayang dan perhatian merupakan kunci utama untuk haiwan kesayangan anda membesar dengan sihat.
Enam keperluan asas yang wajib disediakan iaitu :
- Haiwan kesayangan memerlukan makanan yang sihat dan bersesuaian dengan jenisnya. Makanan yang sesuai akan mengekalkan kesihatan, tumbesaran dan mencegah penyakit.
- Memberikan haiwan kesayangan anda 24/7 akses kepada air minuman segar dan ruang pengudaraan yang mencukupi. Ruang makan dan minum haruslah bersih dan pengudaraan yang elok bagi mengelakkan bau najis.
- Penjagaan haiwan kesayangan yang betul termasuk menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa.
- Haiwan peliharaan perlu pergi ke tandas dengan kerap. Jadi, alas najis contohnya untuk kucing dan haiwan seumpamanya haruslah sentiasa bersih dan sedia untuk digunakan.
- Pastikan haiwan kesayangan anda mendapat senaman yang kerap bagi mengelakkan obesiti. Tanpa ruang yang mencukupi, haiwan peliharaan akan kurang aktif, mudah tertekan dan senang sakit. Jadi, sediakan ruang untuk mereka ‘bersenam’.
- Haiwan kesayangan perlu dibawa ke veterinar untuk penjagaan kesihatan secara rutin.
Untuk memiliki haiwan kesayangan, kita tidak boleh lokek dalam menyediakan keperluan asasnya agar ia sentiasa sihat. Malahan agama juga menuntut untuk kita menyantuni haiwan kesayangan dengan memenuhi keperluannya mengikut kemampuan.
Sumber: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia
No comments:
Post a Comment